Sunday, November 14, 2010

Mukkadimah


Seni Silat Gayang Lima atau lebih di kenali sebgai Buah Pukul Mersing merupakan salah satu cabang Silat Lian.
di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Mersing, Encik Mohamad Razali bin Hj Hassan merupakan juru latih yang bertanggungjawab mendidik dan membimbing anak-anak mendalami ilmu silat.
latihan dijalankan pada setiap hari Sabtu jam 3.00 petang di Dataran Pulau Mersing (DPM).
DPM di pilih sebgai tempat latihan kerana, DPM merupakan kawasan terbuka dan selesa. bukan berniat untuk menunjukkan kehebatan, tetapi ingin menguji ketahanan mental anak-anak didik supaya kental dalam melakukan apa jua perkara.

guru-guru yang bertanggungjawab dalam organisasi silat di SMK Sri Mersing ialah:
1) Encik Muhammad Hisham Bin Harun
2) Puan Hajjah Aspalela Binti Abd. Razak
3) Puan Azidah Binti Mohd Alias
4) Cik Nor Azura Binti Sedik

bagi tahun 2010 ini. persatuan seni silat telah diterajui oleh
saudari Siti Atikah Binti Adnan selaku pengerusi dan di Bantu oleh beberapa org Ahli Jawatan Kuasa yang lain.